Ketua sindiket ‘scam’ telefon sasar rakyat Korea ditahan di Filipina

Ketua sindiket ‘scam’ telefon sasar rakyat Korea ditahan di Filipina

Bekas polis berusia 50 tahun itu dikenali sebagai ‘Park’, dituduh melakukan sindiket penipuan di Filipina sejak 2012, empat tahun selepas dipecat kerana didakwa menerima rasuah.

Kumpulan yang diketuai Park itu dianggap satu daripada sindiket paling lama menjalankan jenayah penipuan dengan cara memancing data melalui panggilan telefon. (Gambar AFP)
SEOUL:
Ketua satu daripada sindiket penipuan panggilan telefon (‘phone scam’) terbesar yang menyasarkan rakyat Korea Selatan ditahan polis Filipina pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Polis Korea Selatan, lelaki berusia berusia 50 tahun itu hanya dikenali sebagai ‘Park’, ditahan pada Isnin kerana didakwa terbabit dengan kes penipuan bernilai jutaan dolar.

Park, bekas pegawai polis, dituduh melakukan sindiket penipuan di Filipina sejak 2012, empat tahun selepas dipecat kerana didakwa menerima rasuah.

Kumpulan yang diketuai Park itu dianggap satu daripada sindiket paling lama menjalankan jenayah penipuan dengan cara memancing data melalui panggilan telefon.

Pada 2013, polis Cheonan, selatan Seoul, menahan 28 suspek yang dipercayai bekerja dengan sindiket itu, namun Park dan berapa pembantu kanannya berjaya melarikan diri ke luar negara. Sejak itu, Park dikatakan bersembunyi di sebuah kawasan di tenggara Manila.

Hasil kerjasama dengan Perkhidmatan Perisikan Nasional polis berjaya menahan rakan subahat Park pada 25 Sept. Park dipercayai menggunakan dua identiti untuk mengelak daripada ditangkap.

Pihak berkuasa kedua-dua negara sedang mengadakan rundingan untuk proses menghantar balik Park dan rakannya ke Seoul.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.