
“Sebuah bas penumpang dari wilayah selatan Sohag dalam perjalanan ke Kaherah telah merempuh belakang trak yang berhenti di tepi jalan,” kata Gabenor Osama Al Qady kepada Xinhua.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan.
Nahas berlaku kira-kira 200km dari Kaherah.
Kemalangan jalan raya banyak berlaku di Mesir kerana infrastruktur jalan raya tidak diselenggara dengan baik, selain penguatkuasaan lemah peraturan lalu lintas.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian jalan rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.