
Lelaki berusia 49 tahun itu yang bertugas di wilayah barat Hyogo, kehilangan sebuah beg berisi dokumen antara 11 malam Jumaat dan 5 pagi Sabtu lalu, kata seorang pegawai polis kepada AFP pada Isnin.
Dokumen itu mengandungi nama dan alamat, katanya tanpa mengulas lanjut.
Menurut laporan media utama Jepun yang memetik pegawai polis, pegawai terbabit keluar minum bersama rakan sekerjanya dan tertidur di tepi jalan ketika berjalan pulang ke rumah.
Menurut laporan, selepas bangun daripada tidur berhampiran sebuah stesen kereta api, dia tidak menemui beg berisi dokumen itu, termasuk maklumat kira-kira 400 orang.
Ini bukan kejadian pertama penjawat awam mabuk dan kehilangan maklumat peribadi orang ramai selepas keluar minum.
Jun lalu, pihak berkuasa di bandar Amagasaki berkata, seorang kontraktor kehilangan beg berisi pemacu USB yang mengandungi maklumat peribadi semua 460,000 penduduk selepas individu terbabit keluar minum dan tertidur di luar ketika dalam perjalanan pulang.
Dalam kes itu, pemacu USB itu ditemui sehari selepas berita kehilangannya disiarkan.