
Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak.
Kejadian berlaku pada 1.29 petang waktu tempatan, di sekitar Gereja St Aloysius ketika upacara pengebumian sedang berlangsung di Euston, lapor Agensi Anadolu.
Polis dan anggota medik dari Perkhidmatan Ambulans London dikerah ke lokasi kejadian.
Polis Metropolitan memaklumkan bahawa tiga wanita, masing-masing berusia 48, 54 dan 41 tahun, dibawa ke hospital dan kecederaan mereka dinilai sebagai tidak mengancam nyawa.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun masih berada di hospital dan dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang mengalami kecederaan ringan di kaki telah dibenarkan keluar.
“Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” menurut polis.