Lelaki cuba tikam pramugari mahu buka pintu kecemasan pesawat

Lelaki cuba tikam pramugari mahu buka pintu kecemasan pesawat

Lelaki berusia 33 tahun melakukan perbuatan itu selepas juruterbang pesawat United Airlines membuat pendaratan cemas.

Francisco Severo Torres akan didakwa atas pertuduhan cuba mengganggu anggota kru penerbangan pesawat United Airlines dengan menggunakan senjata berbahaya. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Seorang lelaki dari Massachusetts ditahan dan didakwa kerana membuka pintu kecemasan semasa penerbangan dari Los Angeles ke Boston, lapor Sputnik.

Francisco Severo Torres, 33, juga didakwa cuba menikam seorang pramugari dan ditahan pada petang Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston selepas juruterbang pesawat United Airlines membuat pendaratan cemas.

Dia akan didakwa atas pertuduhan cubaan mengganggu anggota kru penerbangan dengan menggunakan senjata berbahaya, menurut kenyataan Pejabat Peguam Daerah Massachusetts.

Perbicaraan dijadualkan pada 9 Mac.

Jika disabitkan bersalah, Torres berdepan hukuman penjara seumur hidup, lima tahun pembebasan dalam pengawasan dan denda USD250,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.