Bangunan hospital terbakar, 8 warga emas maut

Bangunan hospital terbakar, 8 warga emas maut

Kebakaran berpunca daripada pembakaran pemampat udara di bilik mesin bangunan hospital terletak di Daerah Pingtung, selatan Taiwan.

Bomba menerima laporan pada 7.41 pagi Khamis mengenai kepulan asap tebal yang keluar dari sebuah bangunan di Hospital Memorial Antai Tian-sheng, Daerah Pingtung, selatan Taiwan. (Gambar AP)
TAIPEI:
Kebakaran di sebuah hospital di Daerah Pingtung, selatan Taiwan pada pagi Khamis meragut lapan nyawa setakat 1 petang waktu tempatan, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Kerajaan Daerah Pingtung memaklumkan, enam lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia walaupun usaha menyelamat dijalankan.

Bomba menerima laporan pada 7.41 pagi mengenai kepulan asap tebal yang keluar dari sebuah bangunan di Hospital Memorial Antai Tian-sheng.

Bercakap kepada media, Dekan Kehormat hospital, Su Ching-chyuan menjelaskan, kebakaran berpunca daripada pembakaran pemampat udara di bilik mesin bangunan hospital.

Kebanyakan mangsa ialah warga emas yang dirawat di hospital berkenaan.

Pasukan penyelamat memaklumkan bahawa kebakaran berjaya dikawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.