Korban Gaza lebih 50,000, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin

Korban Gaza lebih 50,000, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin

Jumlah kematian sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021.

Gaza AP 180325
Israel melanggar gencatan senjata dengan membunuh lebih 700 rakyat Palestin sejak Selasa lalu. (Gambar AP)
ANKARA:
Sekurang-kurangnya 41 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Kesihatan.

Dalam kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah itu termasuk dua mayat dikeluarkan daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian itu, berkata 61 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan akibat serangan Israel kini mencecah 113,274 orang.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” tambah kementerian.

Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,200 lagi cedera dalam serangan udara mengejut Israel ke atas Gaza sejak Selasa, sekali gus melanggar gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.