
Pihak berkuasa tempatan pada Ahad memaklumkan operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mengesan beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang dari sebuah kem musim panas terletak berhampiran Sungai Guadalupe.
Kem itu disertai lebih 750 kanak-kanak ketika banjir melanda secara tiba-tiba selepas hujan lebat.
Selain kanak-kanak, 38 orang dewasa turut terkorban di seluruh Texas akibat banjir kilat itu, menjadikan keseluruhan mangsa korban sekurang-kurangnya 59 orang.
Beberapa mayat belum dikenal pasti setakat Ahad.
Timbalan Gabenor Texas, Dan Patrick, berkata paras air sungai meningkat hampir 8m dalam tempoh singkat pada awal pagi Jumaat ketika ramai mangsa sedang tidur.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan bencana bagi membolehkan bantuan persekutuan tambahan disalurkan ke kawasan terjejas.