
Keuntungan Rusia daripada eksport minyak, gas, dan baja berjumlah lebih 10 bilion euro (USD11.54 bilion) sebulan, menurut dewan itu.
“Rusia merupakan pemenang besar dalam konflik baharu di Timur Tengah,” kata pengerusi dewan itu Matthias Schepp.
Rusia mendapat manfaat daripada harga komoditi global yang lebih tinggi kerana negara itu menggunakan laluan eksport alternatif. Semua ini boleh ‘memberikan Rusia durian runtuh yang tidak dijangka pada skala bersejarah’, kata Schepp di Moscow.
Dengan harga minyak yang kekal sekitar USD100 setong, Rusia boleh menjangkakan peningkatan tahunan USD71.8 bilion berbanding pelan belanjawannya.
Harga minyak mentah Brent bagi penghantaran Jun meningkat kepada lebih USD111 setong – setiap setong mengandungi 159 liter – pada awal minggu ini. Harga itu hampir USD40 lebih tinggi berbanding sebelum konflik bermula.
Belanjawan Rusia sangat bergantung kepada hasil jualan minyak dan gas, dengan harga USD59 setong pada masa ini diandaikan dalam belanjawan. Sebelum konflik Iran, belanjawan itu menunjukkan defisit kerana harga minyak berada di bawah paras yang dirancang.
“Pada paras harga semasa, Moscow boleh menjana kira-kira USD50 bilion pendapatan tambahan setahun daripada minyak dan gas sahaja,” menurut dewan itu.
Rusia, yang turut berharap sekatan Barat ditamatkan, menggunakan hasil daripada jualan komoditi untuk membiayai perangnya terhadap Ukraine.
Segelintir pihak di Moscow kini berharap harga minyak mencecah USD200 setong. Menurut dewan itu, keadaan itu akan menjana USD350.4 bilion – iaitu USD247 bilion lebih tinggi daripada yang dirancang dalam belanjawan.