Gempa bermagnitud 6.0 gegar tengah Filipina

Gempa bermagnitud 6.0 gegar tengah Filipina

Gempa itu berlaku pada kedalaman 73.3km, kira-kira 9km dari bandar pesisir San Julian.

Cebu province in central Philippines(EPA Images pic)4526
Pada Oktober 2025, gempa bumi bermagnitud 6.9 meragut 76 nyawa dan memusnahkan 72,000 rumah di wilayah Cebu, tengah Filipina. (Gambar EPA Images)
MANILA:
Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda Pulau Samar di tengah Filipina pada 2.09 petang tadi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 73.3km, kira-kira 9km dari bandar pesisir San Julian.

Seorang pegawai polis tempatan memberitahu AFP, gempa itu “kuat dan berlaku secara tiba-tiba”.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan diterima.

“Dalam balai polis ini, sebatang palang menyokong bumbung patah… Saya nampak beberapa perabot bergerak,” katanya sambil menambah beliau dan rakan sekerja kini berada di luar balai kerana bimbang gegaran susulan.

Gempa berlaku hampir setiap hari di Filipina, yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan geologi aktif terdedah kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Mindanao Timur digegarkan dua gempa bermagnitud 7.4 dan 6.7 pada Oktober lalu yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Gempa bermagnitud 6.9 yang berlaku beberapa hari sebelumnya meragut 76 nyawa dan merosakkan 72,000 rumah di wilayah Cebu, tengah Filipina, menurut statistik kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.