Angka korban bangunan runtuh di Filipina kini 5

Angka korban bangunan runtuh di Filipina kini 5

Sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan masih hilang selepas sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh pada 24 Mei lalu.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan sebuah bangunan dalam pembinaan di Wilayah Pampanga, utara Filipina, Ahad lalu. (Gambar EPA Images)
MANILA:
Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan dalam pembinaan di Wilayah Pampanga, utara Filipina, meningkat kepada lima orang, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Pejabat Penerangan Angeles City memaklumkan pasukan penyelamat dalam proses mengeluarkan satu lagi mayat dari bawah runtuhan dengan berhati-hati, selepas anjing pengesan mengesan kedudukan mangsa kira-kira 6.18 petang.

Sekurang-kurangnya 16 orang masih dilaporkan hilang selepas struktur itu runtuh sebelum 3 pagi 24 Mei lalu.

Setakat ini, 26 orang diselamatkan.

Pasukan kecemasan terus mempergiatkan usaha menyelongkar sisa runtuhan untuk mencari mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.