
Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa waris terdekat mangsa telah dimaklumkan, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.
“Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini,” menurut kenyataan itu.
Dua rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Kedutaan Besar Malaysia di Manila turut memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada individu berkenaan.
Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam perkara itu.
Wisma Putra juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara.