
Menurut pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ini, dia pernah bekerja di kedai membaiki telefon bimbit ketika cuti semester bermula Jun sehingga akhir September lalu. Namun, dia terpaksa melupakan pekerjaan itu bagi menumpukan pelajaran secara dalam talian di rumah.
Dengan modal RM100 dan pengalaman bekerja dahulu Muhammad Hazim kemudian memberanikan diri mengambil tempahan dari kawan dan saudara-mara ketika dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya gunakan ilmu yang dipelajari ketika bekerja di kedai membaiki telefon bimbit dahulu sebagai asas untuk menerima tempahan dari kawan-kawan dan keluarga. Sekurang-kurangnya saya dapat manfaatkan masa semasa tempoh PKPB ini,” ujarnya
Muhammad Hazim yang menjalankan kerja-kerja membaiki di rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras ini mula membuat perkhidmatan membaiki telefon bimbit dari rumah ke rumah selepas mendapat sambutan ramai daripada pengikut laman sosialnya.
Menurutnya lagi, dalam tempoh seminggu beliau mendapat sekurang-kurangnya 10 buah telefon bimbit untuk dibaiki.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]