
Oleh kerana terlalu obses dengan wajah “vampire” atau pontianak, seorang wanita sanggup berhabis wang ringgit untuk melakukan transformasi dirinya sehingga sanggup membuat tato pada bola matanya.
Marilyn yang berasal dari Jerman ini turut meminati patung Barbie malah amat menggemari gaya gothic sejak berusia 12 tahun lagi.
Marilyn adalah seorang pelukis tato dan dia mengakui terinspirasi dengan patung “vampire” yang menjadi koleksinya sehingga sanggup mengubah diri menjadi seperti patung-patung kesayangannya itu.
Bagi mengubah penampilan, Marilyn telah menghabiskan 25.000 pound sterling.
“Patung-patung ini adalah inspirasi untuk mekap dan pakaian. Saya sangat sukakan mekap mereka. Begitu juga dengan dada dan pinggang mereka yang kecil,” ujarnya.
Untuk mendapatkan penampilan seakan patung Barbie, dia telah melakukan pembedahan plastik, malah turut membelah lidahnya.
Menurut Marilyn, pembedahan pertama adalah membesarkan payudara. Ia diikuti dengan “liposuction” dan pembedahan lain agar kulit wajahnya kelihatan lebih halus dan mulus.
Namun, perkara paling merbahaya yang dilakukan wanita ini adalah dengan menato bola matanya. Malah, dia tahu risiko yang akan menjadikan dia buta jika salah dilakukan.
Tidak berhenti di situ, Marilyn turut memasang gigi taring palsu agar kelihatan seakan ‘vampire’ dan dia merasakan ia membuatkan dia tampak seksi.
“Gigi vampire membuat saya sangat seksi. Bayangkan senyuman tanpanya (gigi taring),” ungkapnya lagi.
Bagi melengkapkan penampilannya, Marilyn juga mempunyai tato bertema gothic yang menutupi hampir 60-70 peratus bahagian tubuhnya.
Walaupun begitu, dia masih belum merasa puas. Marilyn ingin melakukan pembedahan lain dan terus menato tubuhnya.
Dia turut berharap dapat membuat “Fox Eye Lift” yang bertujuan membuat kelopak mata kelihatan lebih panjang.
“Saya masih tidak puas dengan semua pembedahan plastik ini. Doktor membuatnya nampak semulajadi padahal saya ingin kelihatan lebih palsu dan plastik,” akui wanita ini lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]