Bapa tiri kejam penggal kepala bayi, dipenjara 54 tahun

Bapa tiri kejam penggal kepala bayi, dipenjara 54 tahun

Diogo da Silva mengaku memenggal kepala anak tirinya dengan parang sebelum membuangnya di kawasan hutan berhampiran jalan raya di bandar Taubate, Brazil.

Diogo da Silva Leite dipenjara kerana membunuh anak tirinya pada Oktober 2020.

Seorang lelaki yang memenggal kepala bayi yang juga anak tirinya dengan parang sebelum menghumban mayatnya berhampiran jalan raya dijatuhi hukuman penjara 54 tahun.

Pada mulanya Diogo da Silva Leite menafikan membunuh Maria Clara, 1 tahun dan mendakwa dia diculik, namun akhirnya mengaku selepas rakaman CCTV membuktikan sebaliknya.

Jenayah itu berlaku 13 Oktober lalu di bandar Pindamonhangaba di tenggara Brazil.

Difahamkan Leite membawa Maria Clara berjalan-jalan, namun pulang ke rumah tanpanya. Dia memberitahu pasangannya bayi itu telah dilarikan ketika mereka sedang bersiar-siar.

Menurut media tempatan, Leite mendakwa meninggalkan bayi itu dengan seorang yang tidak dikenali untuk ke tandas dan setelah selesai, lelaki itu telah menculik bayinya. Polis bagaimanapun agak curiga dengan laporan Leite itu.

Dia akhirnya mengaku memenggal kepala anak tirinya dengan parang sebelum membuangnya di kawasan hutan berhampiran jalan raya di bandar Taubate.

Namun, tidak dinyatakan apa yang sebenarnya mendorong tertuduh untuk membunuh anak kecil itu.

Kes itu membangkitkan kemarahan penduduk tempatan, hingga sanggup membakar kediaman Leite dan ibu bayi malang tersebut.

Ketika itu, ibu Maria Clara sedang hamil dan terpaksa ke luar bandar.

Bapa kandung bayi itu, Steven Roger Galvao mempunyai dua lagi anak bersama ibu Maria Clara yang kini tinggal bersamanya.

Leite berada dalam tahanan polis sejak ditahan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.