Pemain industri pelancongan di Sarawak kecewa, sekali lagi

Pemain industri pelancongan di Sarawak kecewa, sekali lagi

Pelawat ke Sarawak dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, bermula hari ini.

Pelawat ke Sarawak mesti menjalani kuarantin selama 14 hari, bermula hari ini.
KUCHING:
Hotel-hotel di Sarawak dijangka terjejas lagi dengan semua pelawat yang tiba ke negeri itu perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari bermula hari ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Sarawak, Mohd Ibrahim Nordin, berkata hotel terjejas teruk ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada Mac lalu.

Namun, katanya, industri itu mula menyaksikan peningkatan tempahan bilik hotel sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan.

“Majoriti hotel mencatatkan kadar purata penghunian sebanyak 65% dalam beberapa bulan lalu, sementara resort pula selalu penuh (tempahan) pada hujung minggu,” katanya kepada FMT.

“Tetapi dengan prosedur yang ketat untuk masuk ke Sarawak, kadar penghunian hotel dijangka akan menurun bawah 30%,” katanya kepada FMT.

Menurut Ibrahim, sebanyak 496 hotel dengan 21,850 bilik di Sarawak.

Sementara itu, seorang pengarah agensi pelancongan, Kim Ng, berkata perniagaannya sedang berusaha untuk bertahan kerana penjualannya menurun sebanyak 90%.

“Saya tak pasti apa lagi yang boleh saya buat memandangkan mereka yang datang dari Semenanjung kena jalani kuarantin 14 hari. Jadi, saya tak rasa pelancong mahu datang ke sini,” katanya sambil menambah kebanyakan pelanggannya adalah dari Singapura dan Malaysia Barat.

Dalam pada itu, beliau merancang untuk menutup perniagaannya buat sementara waktu sekiranya keadaan pandemik Covid-19 semakin memburuk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.