Petrol naik 1 sen, diesel mahal 5 sen

Petrol naik 1 sen, diesel mahal 5 sen

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 23 Okt ini.

PETALING JAYA:
Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 1 sen, manakala diesel mahal 5 sen mulai tengah malam ini.

Harga RON95 meningkat daripada RM1.67 kepada RM1.68 seliter dan RON97 daripada RM1.97 kepada RM1.98 seliter.

Diesel pula naik 5 sen kepada RM1.74 berbanding RM1.69 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 23 Okt ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan petang ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.