
Lanjutan itu bermula 27 Okt sehingga 9 Nov, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.
“Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober.
“Setakat ini penilaian risiko oleh anggota KKM mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan Covif-19.
“Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor,” katanya pada sidang media hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ismail berkata kerajaan turut melanjutkan PKPD di Taman Khazanah Indah dan Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu serta Felda Umas, Kalabakan 14 hari lagi bermula 27 Oktober hingga 9 November.
“KKM masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif dikesan dalam kalangan penduduk di ketiga-tiga lokaliti tersebut,” katanya
PKPD Taman Mesra, Taman Mawar Sandakan
Sementara itu, Ismail turut memaklumkan pelaksanaan PKPD di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan, Sabah, bermula 28 Oktober hingga 10 November.
“PKPD di kedua-dua lokaliti merangkumi 5,100 unit rumah melibatkan 22,500 penduduk. SOP PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya.