UM siasat hantaran FB Umany pertikai kuasa Agong

UM siasat hantaran FB Umany pertikai kuasa Agong

Universiti Malaya berkata ia menjunjung dan menghormati institusi beraja dan memandang serius hantaran FB yang dikatakan mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany) menyiarkan satu hantaran bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” menerusi laman Facebooknya.
KUALA LUMPUR:
Universiti Malaya (UM) akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany) menerusi laman Facebook.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UM hari ini, universiti itu memandang serius hantaran badan pelajar berdaftar berkenaan.

“UM menjunjung dan menghormati institusi beraja.

“Oleh yang demikian, pengurusan tertinggi universiti mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.