Kawalan bersyarat di daerah Seremban

Kawalan bersyarat di daerah Seremban

PKPB di daerah Seremban melibatkan 9 mukim.

PETALING JAYA:
Kawalan bersyarat diumumkan bagi daerah Seremban bermula 5 hingga 18 Nov.

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) itu melibatkan 9 mukim.

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) meliputi 9 mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai, dan Lenggeng.

SOP bagi PKPB Seremban sama seperti yang diumumkan sebelum ini, antaranya pergerakan keluar masuk atau merentas daerah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan.

“Perlu mendapat kebenaran daripada polis,” kata Ismail pada sidang media hari ini. “Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.”

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, dan pusat tahfiz ditup.

“Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka, dan sesak.”

SOP lain antaranya:

  • Aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan Azan, solat 5 waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
  • Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.
  • Restoran atau kedai makan secara makan di restoran atau kedai dihadkan 2-4 orang satu meja dengan SOP premis makanan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, pembelian makanan digalakkan secara bawa pulang atau penghantaran atau pandu lalu.

  • Pasar harian dibuka jam 6.00 pagi – 2.00 petang; pasar borong 4.00 pagi – 2.00 petang; pasar tani 6.00 pagi – 12.00 tengah hari.
  • Operasi pasar malam bermula 4.00 petang sehingga 10.00 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan dengan pengawasan anggota Rela.
  • Operasi stesen minyak bermula daripada 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)
  • Pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi atau e-panggilan (maksimum 2 penumpang) dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
  • Kenderaan bawa pekerja boleh bawa penumpang seperti ditetapkan sebelum ini.
  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
  • Waktu operasi klinik, hospital kerajaan, dan swasta dibenarkan 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.