Covid-19: 1,032 kes, 8 kematian

Covid-19: 1,032 kes, 8 kematian

Sabah kekal catat kes jangkitan harian tertinggi diikut Selangor.

PUTRAJAYA:
Jangkitan Covid-19 masih kekal 4 angka apabila merekodkan 1,032 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu 1,029 penularan tempatan manakala 3 kes import

Lapan kematian dilaporkan hari ini, 7 di Sabah dan 1 di Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 646 kes, diikuti Selangor (231) dan Negeri Sembilan (44).

Labuan melaporkan 28 kes, Kedah (25), Pulau Pinang (23), Sarawak (9), Kuala Lumpur (7), Perak (6), Putrajaya (4), Terengganu (3), Kelantan (2) dan Johor (1).

Ketika ini, 10,339 kes sedang dirawat dengan 82 positif di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 27 memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan 8 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 271 kes.

Sementara itu, KKM memaklumkan 820 mangsa pulih, dengan tertinggi di Sabah (472), diikuti Selangor (103), dan Negeri Sembilan (71).

Berdasarkan laporan hari ini, 3 negeri tidak merekodkan kes baharu iaitu, Pahang, Melaka, dan Perlis.

Jumlah jangkitan direkodkan di Malaysia sehingga kini 35,425 kes dengan 24,815 pulih.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.