Pekerja sambilan disyaki positif Covid-19, Ikea Damansara tutup hari ini

Pekerja sambilan disyaki positif Covid-19, Ikea Damansara tutup hari ini

Syarikat itu dimaklumkan semalam petugas berkenaan disyaki dijangkiti Covid-19 dan kini bawah jagaan pihak berkuasa serta menunggu untuk ujian dilakukan.

Ikea memaklumkan kali terakhir pekerja berkenaan bertugas di premis itu pada 30 Oktober lalu.
PETALING JAYA:
Syarikat kelengkapan rumah, Ikea memaklumkan salah 1 cawangannya di Malaysia, Ikea Damansara ditutup hari ini selepas seorang pekerja sambilannya disyaki dijangkiti Covid-19.

Ikea dalam kenyataan berkata, syarikat itu dimaklumkan semalam, petugas berkenaan disyaki dijangkiti Covid-19 dan kini bawah jagaan pihak berkuasa serta menunggu untuk ujian dilakukan.

“Sebagai tindakan pencegahan proaktif, cawangan kami akan ditutup pada 7 November untuk menjalani kerja sanitasi dan pembersihan, sesuai dengan standard Kementerian Kesihatan.

“Cawangan kami akan beroperasi semula pada 8 November 2020. Kami bekerja rapat dengan pegawai kesihatan awam dan akan bertindak mengikut nasihat mereka,” katanya.

Katanya, kali terakhir pekerja berkenaan bertugas di premis itu pada 30 Oktober lalu.

“Di Ikea, kami akan terus memastikan semua langkah pencegahan dilakukan di cawangan kami untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua orang.

“Langkah ini termasuk aplikasi MySejahtera untuk menjejaki kontak, penanda penjarakan fizikal, pengimbas suhu di semua pintu masuk, menyediakan cecair sanitasi dan lain-lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.