781 tapak projek gagal patuh SOP Covid-19

781 tapak projek gagal patuh SOP Covid-19

Tidak dibenarkan beroperasi kerana gagal mematuhi SOP.

KUALA LUMPUR:
Lebih 700 ratus tapak pembinaan di negara ini didapati gagal mematuhi SOP Covid-19, menurut dapatan pemeriksaan pematuhan SOP tapak bina seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Eddin Syazlee Shith, melaporkan dapatan pemeriksaan ke atas 7,704 tapak di seluruh negara oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sehingga 18 Okt kepada Dewan Rakyat hari ini.

“Sebanyak 6,923 tapak patuh SOP Covid-19 dan dibenarkan beroperasi manakala sebanyak 781 tapak pembinaan tidak dibenarkan beroperasi kerana telah gagal mematuhi SOP.

“Bagi Sarawak, sebanyak 739 tapak dibenarkan beroperasi, 4 tapak langgar SOP dan tidak dibenarkan beroperasi,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan.

Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang minta dinyatakan jumlah terkini tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi kerana patuh SOP Covid-19 dan berapa banyak tidak patuh SOP serta tidak dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, Eddin juga menjelaskan kegagalan pematuhan SOP itu antaranya disebabkan gagal memahami kehendak tatacara yang ditetapkan.

Katanya, CIDB mengambil pendekatan memberikan perincian butiran supaya SOP difahami bagi kes kekeliruan.

“Bagi yang didapati sengaja, tindakan tegas diambil termasuk memberi amaran dan notis perberhentian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.