
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama 14 hari itu bermula 27 Nov sehingga 10 Dis.
“Ia melibatkan 6,000 penduduk,” katanya pada sidang media.
Katanya, MKN bersetuju melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan di Mukim Sungai Seluang berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan.
”Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan sebanyak 1,412 buah rumah dengan anggaran jumlah 6,000 orang penduduk di taman-taman perumahan,” katanya sebanyak lapan taman akan terlibat.
Semua penduduk tidak dibenar keluar dari kawasan PKPB dan perlu menjalani saringan Covid-19 oleh KKM susulan peningkatan jangkitan berlaku di kawasan berkenaan.
Kerajaan turut melaksanakan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah susulan peningkatan jangkitan Covid-19.
Ia bermula 27 Nov hingga 10 Dis.
”Pelaksanaan PKPD ini melibatkan keluasan kawasan 229,459 meter persegi, 3,400 unit rumah dan 18,000 orang penduduk,” katanya.
PKPD 3 Kampung dekat Kudat tamat
Ismail turut mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor, dan Kampung Landung Ayang di Kudat, Sabah bermula esok, 26 Nov.
“KKM melaksanakan sebanyak 3,084 ujian saringan dan sebanyak 345 kes kumulatif positif direkodkan di ketiga-tiga lokaliti.
“Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi Covid-19 di lokaliti-lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal,” katanya sambil memaklumkan PKPD di lokaliti berkenaan bermula 30 Okt.
Dalam perkembangan lain Ismail berkata, polis menahan 312 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan semuanya telah dikenakan kompaun semalam.