Kediaman tak terurus disyaki punca pencemaran Sungai Langat

Kediaman tak terurus disyaki punca pencemaran Sungai Langat

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Air Selangor sudah membuat siasatan di sekitar Jalan Kenangan 6, Hulu Langat, susulan kediaman tidak terurus.

Pencemaran sumber air mentah sering berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik premis yang bertindak menyalurkan sisa buangan ke sungai. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan terdapat aktiviti yang disyaki boleh menyebabkan pencemaran Sungai Langat dari kediaman tidak terurus di pesisir sungai itu.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor sudah membuat siasatan sekitar Jalan Kenangan 6, Hulu Langat.

“Laporan siasatan sudah dimajukan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj),” katanya.

Sungai Langat ialah sumber air kepada loji rawatan air (LRA) Langat.

Pencemaran sumber air mentah sering berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik premis yang bertindak menyalurkan sisa buangan ke sungai.

Tindakan itu menjadi punca insiden pencemaran sumber air yang menyebabkan LRA di sekitar Selangor terpaksa dihenti tugas beberapa kali tahun ini bagi proses rawatan air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.