Kerajaan benar rentas negeri selepas buat kajian

Kerajaan benar rentas negeri selepas buat kajian

KKM bagaimanapun tetap komited melaksanakan pencegahan penularan Covid-19 walaupun kelonggaran dibuat.

Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri bermula Isnin lalu.
KUALA LUMPUR:
Keputusan melonggarkan SOP dengan membenarkan perjalanan rentas negeri walaupun kes Covid-19 masih tinggi dibuat selepas kajian dilakukan bagi mengimbangi keperluan ekonomi dan kesihatan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan Aaron Ago Dagang berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun tetap komited melaksanakan pencegahan penularan Covid-19, walaupun kelonggaran dibuat termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah mulai Isnin lalu.

“Kerajaan sentiasa berusaha meredakan masalah Covid-19 dihadapi negara dan beberapa langkah diambil bagi mengimbangi keperluan menjaga kesihatan dan ekonomi, antaranya kebenaran merentas negeri dan daerah.

“Walaupun kes Covid-19 dilihat meningkat, keputusan ini buat berdasarkan kajian yang dilakukan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) sama ada KKM bersetuju dengan kelonggaran SOP kebenaran merentas negeri dan daerah walaupun peningkatan kes Covid-19 masih membimbangkan ketika ini.

Aaron berkata, KKM sentiasa fokus dan tetap berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.