
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster berkenaan dikesan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Perak dan Terengganu.
KKM memaklumkan terdapat 16 kluster baharu itu melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan 3 kluster komuniti.
Kluster Jalan Trompet
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor dengan kes positif mula dilaporkan pada 30 Jan hasil saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Jalan Trompet, Taman Alam Indah, Shah Alam.
Sebanyak 74 kes positif dikesan selepas 131 individu disaring.
Kluster Kampung Hala
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam di Selangor.
Kes indeks disahkan positif 29 Jan lalu hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini mencatatkan 27 kes positif hasil saringan ke atas 77 individu.
Kluster Jalan Suasa
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes indeks didapati positif 30 Jan lalu hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Suasa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.
Kluster ini mencatatkan 29 kes positif hasil saringan ke atas 214 individu.
Kluster Jalan Riang
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kluster ini dikesan selepas kes positif dilaporkan 28 Jan hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Riang, Taman Perindustrian Gembira, Johor Bahru.
Setakat ini, 13 kes positif dilaporkan daripada 270 individu yang disaring.
Kluster Bintang Utama
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.
Kes positif dikesan 22 Jan hasil saringan individu bergejala.
Kini, terdapat 29 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 141 orang.
Kluster Jalan Lombong
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.
Kes positif dikesan 21 Jan hasil saringan inidividu bergejala.
Sebanyak 11 kes positif dikesan selepas 63 individu disaring.
Kluster Bukit Batu Grisek
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor.
Kes indeks dilaporkan positif pada 30 Jan hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Grisek.
Sebanyak 18 kes positif dikesan selepas 130 individu disaring.
Kluster Bayu Tampoi
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes indeks dilaporkan positif 28 Jan hasil saringan individu bergejala.
14 kes positif dilaporkan selepas 171 individu disaring.
Kluster Lingkaran Maluri
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kes indeks dilaporkan positif 28 Jan saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Lingkaran SV, Maluri, Cheras.
Seramai 94 individu disaring dan 33 kes positif dikesan.
Kluster Desa Tun
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kes positif mula dilaporkan pada 28 Jan hasil saringan bersasar sebuah kilang di Desa Tun Razak, Cheras.
Sebanyak 21 kes positif dikesan selepas 211 individu disaring.
Kluster Jalan Labuk
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah.
Kes indeks disahkan positif 23 Jan lalu hasil saringan kemasukan ke asrama sebuah sekolah yang terletak di Kilometer 18, Jalan Labuk, Sandakan.
Kluster ini mencatatkan 15 kes positif hasil saringan ke atas 176 individu.

Kluster Lasah
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Kangsar di Perak.
Kes indeks didapati positif 22 Jan lalu hasil saringan individu bergejala.
Kluster ini mencatatkan 24 kes positif hasil saringan ke atas 71 individu.
Kluster Tersat
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Marang di Terengganu.
Kluster ini dikesan selepas kes positif dilaporkan 19 Jan hasil saringan individu yang merentas negeri dari Selangor.
Setakat ini, 35 kes positif dilaporkan daripada 391 individu yang disaring.
Kluster Tanah Putih
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.
Kes positif dikesan 23 Jan hasil saringan individu bergejala.
Kini, terdapat 19 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 211 orang.
Kluster Jalan Ketengah
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Maran di Pahang; daerah Seremban di Negeri Sembilan serta daerah Tanah Merah di Kelantan.
Kes positif dikesan 16 Jan hasil saringan inidividu bergejala.
Sebanyak 14 kes positif dalam kluster ini.
Kluster Taman Amalina
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Raub di Pahang.
Kes indeks dilaporkan positif pada 25 Jan hasil saringan individu bergejala.
Sebanyak 13 kes positif dikesan selepas 21 individu disaring.