
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster berkenaan dikesan di Sabah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan.
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster pusat tahanan.
Kluster Jalan City
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor dengan kes positif mula dilaporkan pada 2 Feb hasil saringan bersasar sebuah pusat beli-belah di Sepang.
Sebanyak 48 kes positif dikesan selepas 112 individu disaring.
Kluster Jalan Aman
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor.
Kes indeks disahkan positif 1 Feb lalu hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Aman Suria, Taman Aman Suria, Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Kluster ini mencatatkan 38 kes positif hasil saringan ke atas 255 individu.
Kluster Jalan Pulai 55
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes indeks didapati positif 1 Feb lalu hasil saringan kemasukan ke wad.
Kluster ini mencatatkan 42 kes positif hasil saringan ke atas 58 individu.
Kluster Batu Tiga Setengah
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor.
Kluster ini dikesan selepas kes positif dilaporkan 17 Jan hasil saringan individu bergejala.
Setakat ini, 19 kes positif dilaporkan daripada 119 individu yang disaring.
Kluster Taman Koperasi
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes positif dikesan 3 Feb hasil saringan bersasar sebuah institusi pengajian di Taman Koperasi, Kepong.
Kini, terdapat 15 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 23 orang.
Kluster Kandi Sungai Besi
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes positif dikesan 28 Jan hasil saringan individu bergejala.
Sebanyak 10 kes positif dikesan selepas 267 individu disaring.
Kluster Ladang Tangkarason
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Beluran di Sabah.
Kes indeks dilaporkan positif pada 3 Feb hasil saringan di tempat kerja.
Sebanyak 16 kes positif dikesan selepas 16 individu disaring.

Kluster Bandar Lama
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah.
Kes indeks dilaporkan positif 21 Jan hasil saringan individu bergejala.
24 kes positif dilaporkan selepas 56 individu disaring.
Kluster Jalan Satu KKIP
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tuaran dan Kota Kinabalu di Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Jan hasil saringan prapekerjaan.
Seramai 194 individu disaring dan 30 kes positif dikesan.
Kluster Mayang Pasir
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
Kes indeks bagi kluster ini adalah kes Influenza Like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Jan lalu.
Sebanyak 47 kes positif dikesan selepas 217 individu disaring.
Kluster Lebuh Karak
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bentong di Pahang.
Kes indeks dilaporkan positif 2 Feb hasil saringan individu bergejala.
Lapan kes positif dilaporkan selepas 170 individu disaring.
Kluster Tapak Bina Presint Tujuh
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kes indeks bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Feb hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Presint 7.
Seramai 136 individu disaring dan 9 kes positif dikesan.
Kluster Tembok Pengkalan Chepa
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Jan lalu hasil saringan kemasukan ke pusat tahanan di Pengkalan Chepa.
Sebanyak 76 kes positif dikesan selepas 511 individu disaring.