
Sementara sebutan (kes) dan hal-hal pentadbiran seperti pemberian anugerah melibatkan perbicaraan yang selesai berlanjutan, pendengaran baru tidak dijalankan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) pada 14 Okt hingga akhir bulan lalu, apabila kes terpilih mula didengar.
Menurut seorang peguam hubungan perusahaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, yang tidak mahu dinamakan bagi menjaga hubungannya dengan mahkamah, semua perbicaraan Mahkamah Perusahaan dalam jangka masa tiga bulan itu perlu dijadualkan semula.
Beliau berkata kepada FMT, “kerja tidak berjalan sebagaimana sepatutnya”, dengan penundaan yang menunjukkan kesan langsung terhadap hasil bagi majikan dan pekerja.
“Saya ada beberapa kes yang boleh diselesaikan lebih awal tetapi, sayangnya, kerana arahan penutupan, kami lihat ia tiada perkembangan.”
Menurut seorang lagi peguam dari Selangor, beberapa mahkamah lain, seperti mahkamah sivil tertentu, meneruskan perbicaraan dalam tempoh itu.
“Untuk perbicaraan yang saya hadapi di mahkamah sivil, mahkamah mengambil giliran untuk bersidang, dan ada juga rayuan (kes) dibuat secara maya,” katanya.
“Bagaimanapun, Mahkamah Perusahaan mengambil keputusan sejak awal lagi, selagi PKP dijalankan, mereka tidak akan buka.”
Mohd Effendy Abdul Ghani, timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), menyeru libat urus antara Kementerian Sumber Manusia, majikan dan kumpulan pekerja untuk mencari jalan menyelesaikan tunggakan.
Effendy berkata, pekerja akan rugi jika berlaku kelewatan, terutama jika kes tersebut melibatkan pampasan untuk pemecatan yang salah.
Katanya, dengan “begitu ramai pekerja terkesan dengan pandemik”, memastikan kes yang ditangani dengan berkesan adalah sangat penting.