LRT Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas gangguan bekalan kuasa

LRT Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas gangguan bekalan kuasa

Gangguan berlaku di antara Stesen Glenmarie dan Stesen Ara Damansara akibat cuaca buruk pada 6.10 petang.

lrt kelana jaya sesak
Rapid KL dalam kenyataan pada 6.35 petang tadi sahkan kerja-kerja pembaikan telah selesai dan perkhidmatan di Laluan Kelana Jaya kembali pulih.
PETALING JAYA:
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti sedia kala susulan selesainya kerja-kerja baik pulih gangguan bekalan kuasa petang ini.

Gangguan yang berlaku di antara Stesen Glenmarie dan Stesen Ara Damansara akibat cuaca buruk pada 6.10 petang telah menyebabkan kelewatan jadual perjalanan dan keresahan dalam kalangan pengguna waktu puncak.

Bagaimanapun, Rapid KL dalam kenyataan pada 6.35 petang mengesahkan kerja-kerja pembaikan telah selesai dan perkhidmatan kembali pulih.

“Perkhidmatan tren alternatif telah ditamatkan. Jadual perjalanan sedang diselaraskan dan perkhidmatan tren akan kembali beroperasi seperti biasa sebentar lagi,” katanya.

Kira-kira sejam sebelum insiden itu, perkhidmatan Monorel Kuala Lumpur turut dilaporkan terjejas apabila sebuah tren terpaksa dihentikan operasi, menyebabkan kekerapan jadual terganggu.

MRT Laluan Kajang juga mengalami nasib serupa apabila sebuah tren terpaksa diberhentikan di stesen Kwasa Sentral kira-kira sejam lepas.

Bagaimanapun, Rapid KL kemudian memaklumkan kekerapan tren MRT di laluan itu kini kembali stabil pada selang masa lima minit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.