Warga Bangladesh cabul 5 wanita ditambah hukuman penjara 18 bulan

Warga Bangladesh cabul 5 wanita ditambah hukuman penjara 18 bulan

Mahkamah mengetepikan denda RM15,100 yang dikenakan Mahkamah Majistret serta memerintahkan tertuduh dikenakan satu sebatan.

cabul lrt mrt
Pekerja pembinaan Romjan Ali mengaku bersalah dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan lima wanita.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini menambah hukuman penjara seorang warga Bangladesh daripada enam bulan kepada 18 bulan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan lima wanita, termasuk seorang warga Jerman.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Romjan Ali, 41, selepas kes berkenaan dibawa untuk semakan hari ini.

Pekerja pembinaan itu turut diperintahkan dikenakan satu sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa mulai 27 April, tarikh dia ditahan.

Aslam turut mengetepikan denda RM15,100 yang dikenakan mahkamah rendah..

Minggu lalu, Romjan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap empat wanita tempatan dan seorang pelancong asing di beberapa stesen MRT dan LRT di sini antara 10 hingga 25 April.

Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara serentak antara tiga minggu hingga enam bulan terhadapnya, selain jumlah denda keseluruhan RM15,100.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah meningkatkan hukuman penjara Romjan atas alasan serangan seksual adalah kesalahan serius.

Bagaimanapun, peguamnya Radzuan Ibrahim merayu supaya mahkamah mengekalkan hukuman terhadap Romjan agar dia dapat menjalani hukuman itu sebelum dihantar pulang ke negara asalnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.