Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 3,515 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 209,289.
Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 3,498 adalah penularan tempatan manakala satu jangkitan di luar negara.
Sebanyak lima kematian direkodkan menjadikan angka korban Covid-19 setakat ini 958 orang.
Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 261,805 kes.
Ketika ini, 51,558 sedang dirawat, dengan 263 di unit rawatan rapi (ICU) dan 118 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 1,345 diikuti Johor (802) dan Kuala Lumpur (511).
Sementara itu, Sarawak mencatat kenaikan mendadak dengan 152 kes, manakala Pulau Pinang (138, Perak (121), Kedah (111), Sabah (101), Negeri Sembilan (58), Melaka, (50), Terengganu (46), Kelantan (44), Pahang (13), Putrajaya (3), Perlis dan Labuan masing-masing mencatatkan dua kes.