
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster dikesan di Selangor, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak, dan Kuala Lumpur.
Ia melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan satu membabitkan komuniti.
- Kluster Tapak Bina Jalan Emas (Petaling) dengan 49 kes
- Kluster Jalan Rawang (Gombak) dengan 42 kes
- Kluster Jalan DC (Kuala Selangor) dengan 13 kes
- Kluster Jalan Subang (Petaling) dengan 28 kes
- Kluster Tapak Bina Seksyen Satu (Hulu Langat) dengan 18 kes
- Kluster Jalan Persiaran Cyber ( Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai) dengan 121 kes
- Kluster Jalan Paya Manis (Johor Bahru) dengan 39 kes
- Kluster Jalan Senai Murni Empat (Kulai) dengan 18 kes
- Kluster Jalan Perindustrian Murni (Kulai,Johor Bahru dan Kota Tinggi) dengan 18 kes
- Kluster Industri Tekstil Nilai (Seremban dan Port Dickson) dengan 64 kes
- Kluster Tapak Bina Jalan Sultan (Lembah Pantai) dengan 120 kes
- Kluster Jalan Yong (Kapit) dengan 15 kes
- Kluster Pulau Rusa (Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun) dengan 18 kes
Kluster yang berkaitan tempat kerja adalah Tapak Bina Jalan Emas, Jalan Rawang, Jalan Subang,Tapak Bina Seksyen Satu,Jalan Persiaran Cyber, Jalan Senai Murni Empat, Jalan Perindustrian Murni, Industri Tekstil Nilai,Tapak Bina Jalan Sultan, Pulau Rusa manakala kluster kumpulan berisiko melibatkan kluster Jalan DC, Jalan Paya Manis dan Kluster Jalan Yong pula membabitkan komuniti.

Jumlah kluster setakat 17 Feb adalah 1,028 dengan 499 aktif dan 75 kluster melaporkan kes jangkitan baharu.
“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (380 kes), Kluster Kebun Baru (186 kes), dan Kluster Industri TTJ (141 kes),” katanya.
Sementara itu 13 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Damai Ketari, Kluster Senai Cyber, Kluster Taman Sayong Pinang, Kluster Belukar, Kluster Sungai Burong, Kluster Tampoi Lima, Kluster Jalan Taruka, Kluster Jalan Rami, Kluster Udarama, Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah, Kluster Puncak Galaksi, Kluster Dang Mutiara, dan Kluster Kampung Geting.