7 daripada 8 kluster baru Covid-19 berkait tempat kerja

7 daripada 8 kluster baru Covid-19 berkait tempat kerja

Johor melaporkan lima kluster, serta masing-masing satu di Kelantan, Perak dan Sarawak.

Terdapat 485 kluster aktif dengan 85 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan lapan kluster baru Covid-19 dengan tujuh daripadanya membabitkan tempat kerja dan satu lagi kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Johor melaporkan lima kluster baru serta masing-masing satu di Kelantan, Perak dan Sarawak.

• Kluster Jalan Tampoi Besi (Johor Bahru) dengan 40 kes
• Kluster Jalan Permas Sembilan (Johor Bahru) dengan 20 kes
• Kluster Jalan Gemilang Satu (Johor Bahru) dengan 15 kes
• Kluster Jalan Mega Teknologi (Johor Bahru) dengan 14 kes
• Kluster Jalan Scientex Jaya (Kulai) dengan 13 kes
• Kluster Jalan Tasek Avenue (Kinta) dengan 211 kes
• Kluster Kampung Pulau Raja (Kota Bharu) dengan 60 kes
• Kluster Buloh (Selangau) dengan 28 kes.

Hisham berkata, sebanyak 1,129 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 485 kluster aktif dan 85 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Enam belas kluster tamat hari ini, iaitu Symphony Magazine, Hujung Pasir, Serkam Tengah, Rungkup, Jalan Skudai, Orion, Bayu Tampoi, Permint Harmoni, Tengah Tiga, Jalan Ketengah, Tapak Bina Persiaran Tecoma, Jalan Trompet, Jalan Sempadan, Tapak Bina Era Duta, Jalan Riang dan Bukit Batu Grisek.

“Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi hari ini adalah Jalan Tasek Avenue (209 kes), Jalan Sebelas (170 kes) dan Sinsingon (67 kes),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.