Geng Raj aktif pecah tabung rumah ibadat tumpas

Geng Raj aktif pecah tabung rumah ibadat tumpas

Beliau berkata dengan penahanan dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes pecah tabung di rumah ibadat.

Mohd Sukri berkata, modus operandi kumpulan ini adalah dengan masuk ke dalam rumah ibadat seperti masjid, surau atau tokong pada waktu malam hingga awal pagi dan memecahkan tabung.
MELAKA:
Polis berjaya menumpaskan Geng Raj yang dipercayai aktif dengan kegiatan pecah tabung di rumah ibadat sekitar negeri Melaka dengan penahanan dua lelaki Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Mohd Sukri Kaman berkata serbuan oleh sepasukan polis dari cawangan D4 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka bersama JSJ Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin pada 12.30 pagi itu membawa kepada penahanan suspek di dua lokasi iaitu di Bukit Serindit dan Tehel.

Beliau berkata dengan penahanan dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes pecah tabung di rumah ibadat yang berlaku antara Dis 2020 hingga Feb 2021.

“Modus operandi kumpulan ini adalah dengan masuk ke dalam rumah ibadat seperti masjid, surau atau tokong pada waktu malam hingga awal pagi dan memecahkan tabung dengan cara mengumpil atau membakar mangga tabung sehingga berjaya dibuka bagi mendapatkan wang tunai.

“Susulan daripada tangkapan itu, kita turut merampas sebuah kereta dan motosikal serta pelbagai jenis peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sukri berkata kedua-dua suspek kini direman hingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohd Sukri berkata pihak polis sedang mencari seorang lagi individu dipercayai boleh membantu siasatan dalam kes ini iaitu Noor Rahman Abd Rahim berusia 24 tahun dan sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Sarjan Mohd Hanafi Md Zam di talian 019-3646812.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.