Polis cekup pasangan kekasih warga Eropah berkait dadah

Polis cekup pasangan kekasih warga Eropah berkait dadah

Menurut polis, 2gm dadah jenis ganja dirampas di pangsapuri mereka, dan suspek lelaki didapati positif dadah.

PETALING JAYA:
Polis menahan pasangan warga Eropah selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, dengan 2gm ganja dirampas ketika serbuan dibuat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata kedua-dua suspek adalah seorang wanita warganegara Denmark, 35, dan pasangannya, warganegara Perancis berusia 30 tahun, ditangkap tengah malam tadi di pangsapuri mereka di Segambut, Kuala Lumpur.

FMT difahamkan wanita terbabit adalah personaliti televisyen terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Menurut polis, ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis ganja, manakala suspek wanita negatif.

Lelaki itu direman selama empat hari hingga 23 Mac, sementara wanita terbabit direman selama sehari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.