
Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, sehingga itu, beliau akan terus membantu pengurusan Prasarana menjadi penyedia perkhidmatan pengangkutan terbaik dalam negara ini.
“Saya akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan kerana ini adalah pendirian parti.
“Jika ia adalah esok, maka saya akan berundur dari kerajaan esok. Tetapi, jika pada Ogos, maka saya akan berbuat demikian pada Ogos. Jika ia tahun depan, saya akan meninggalkan kerajaan tahun depan,” katanya kepada FMT.
Katanya, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu pengurusan dan pekerja Prasarana melaksanakan pelbagai program.
Semalam, Tajuddin dilaporkan berkata, beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Prasarana sebaik saja Umno meninggalkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.
Tajuddin, yang juga pengarah pilihan raya Umno untuk pilihan raya umum ke-15, dilantik sebagai pengerusi Prasarana oleh kerajaan pimpinan PN pada Mei 2020.