Polis rancang perbesar Unit Anjing Pengesan demi mantapkan khidmat

Polis rancang perbesar Unit Anjing Pengesan demi mantapkan khidmat

Ketika ini, K9 dianggotai 118 jurulatih (handler) dan 72 anjing aktif.

Anggota polis dari Unit Anjing Pengesan melakukan demonstrasi pada gimik perasmian Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah yang dirasmikan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, hari ini. (Gambar Bernama)
LANGKAWI:
Polis dalam perancangan memperbesarkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memantapkan lagi perkhidmatannya, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

Pada masa ini, katanya, K9 dianggotai 118 jurulatih (handler) dan 72 anjing aktif.

“Yang dah ‘semi-retired’ (kurang aktif dan separuh bersara) kita ada 45 ekor, kita akan mendapatkan lagi (tambahan anjing) yang dah diluluskan, hanya tunggu perolehan saja,” katanya selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah, Hasanuddin Hassan.

Mengulas penubuhan unit K9 di Langkawi, Hamid optimis khidmat lima anjing K9 yang ditempatkan di pulau peranginan itu dapat meningkatkan lagi keyakinan pelancong.

“Selepas dua tahun, idea dan cadangan daripada anak buah saya perlunya tempatkan (Unit) K9 di Langkawi. Pulau Langkawi terkenal di seluruh dunia dan perlu ada satu pasukan polis yang lengkap serba-serbi.”

Mengulas lanjut, beliau berkata, empat daripada lima ekor anjing itu masing-masing ditugaskan mengesan bahan letupan dan dadah, manakala seekor lagi untuk kes jenayah lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.