Gerakan intai lebih kerusi pada PRU15 meskipun kalah semua kerusi sebelum ini

Gerakan intai lebih kerusi pada PRU15 meskipun kalah semua kerusi sebelum ini

Namun, keputusan muktamad berkenaan agihan kerusi terletak pada Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN), kata Presiden Gerakan Dominic Lau.

Presiden Gerakan Dominic Lau berkata, fokus parti itu adalah memastikan kemenangan PN pada PRU15.
KUALA LUMPUR:
Gerakan, yang kalah di kesemua 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada pilihan raya umum lalu, mahu bertanding di lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presidennya Dominic Lau Hoe Chai berkata, mereka akan membuat permohonan tetapi menyerahkan kata putus kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang akan menentukan agihan kerusi PRU15 kepada parti komponen.

Namun, ketika bercakap dengan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini, beliau enggan mendedahkan kerusi mana yang ingin parti itu tandingi.

Semua pemimpin negeri telah diarahkan untuk membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi PRU15, kata Lau.

Fokus utama Gerakan, tambah beliau, adalah memastikan kemenangan PN pada PRU15.

Gerakan menyertai PN pada 1 Feb lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.