
Dalam usaha untuk memulakan semakan kehakiman, dia memohon Mahkamah Tinggi di sini membatalkan perintah Mahkamah Syariah pada 14 Okt 2019 yang membenarkan ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin memulakan prosiding penghinaan terhadapnya.
Dia mendakwa perintah itu dibuat dengan niat jahat.
Pada 5 Sept 2019, Maria mengeluarkan satu kenyataan media yang mengatakan “Wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan syariah Malaysia”.
Beliau berkata, keputusan Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman tujuh hari penjara ke atas bekas isteri Faisal, Emilia Hanafi, kerana menjadual semula tarikh lawatan anak-anaknya adalah satu “ketidakadilan besar” dan “penghinaan sebenar terhadap sistem kehakiman”.
Maria turut memohon perisytiharan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan prosiding komital yang dimulakan oleh individu kerana permohonan untuk memulakan prosiding komit hanya boleh dilakukan di mahkamah sivil.
Dia juga mahu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa Mahkamah Syariah telah melanggar kuasanya sendiri yang diperuntukkan bawah Perlembagaan Persekutuan dengan menafsir undang-undang persekutuan.
Maria menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan sebagai responden.
Peguam Maria, Rosli Dahlan, berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Noorin Badaruddin menetapkan 31 Mei untuk mendengar permohonan semakan kehakiman.
“Faisal turut memfailkan permohonan untuk campur tangan dalam prosiding kami hari ini,” katanya.
Faisal diwakili oleh Akberdin Abdul Kader dan Mohd Rafie Mohd Shafie dalam permohonan intervensi, sementara Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Mazlifah Ayob mewakili menteri.