Ini menjadikan 426,319 daripada keseluruhan 470,110 pesakit Covid-19 pulih setakat ini, manakala 1,902 lagi meninggal dunia akibat jangkitan itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 41,889 kes aktif, dengan 272 daripada 520 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes baharu itu, dua ialah kes import dan 3,778 kes penularan tempatan membabitkan 3,441 warganegara dan 337 warga asing.
Katanya, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 1,275 kes.
Ia diikuti Sarawak (405), Kedah (363), Kelantan (357), Kuala Lumpur (342), Johor (224), Pulau Pinang (187), Pahang (159), Melaka (122), Perak (115), Sabah (87), Negeri Sembilan (70), Teengganu (58), Putrajaya (7), Labuan (7) dan Perlis (2).
Beliau berkata, lapan kematian dilaporkan di Selangor, enam di Pulau Pinang, masing-masing lima di Sarawak dan Kedah, empat di Kuala Lumpur, tiga di Perak, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan dan Terengganu serta satu kematian di Pahang.
Katanya, kematian itu membabitkan 35 warganegara dan seorang warga asing berusia 29 hingga 93 tahun, dengan semuanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.
Seorang daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayatnya dibawa ke hospital.