6,320 kes Covid-19, 50 kematian

6,320 kes Covid-19, 50 kematian

Ini adalah hari keempat berturut-turut jumlah jangkitan harian melepasi 6,000 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 6,320 kes baharu Covid-19 dan 50 kematian, manakala 4,694 pesakit pulih.

Ini adalah hari keempat berturut-turut jumlah jangkitan harian melepasi 6,000 kes.

Seramai 449,234 daripada keseluruhan 505,115 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini, manakala 2,199 orang meninggal dunia akibat virus itu.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 53,682 kes aktif, dengan 652 dirawat di unit rawatan rapi, 370 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, tiga ialah kes import dan baki 6,317 kes penularan tempatan yang merangkumi 5,870 warganegara dan 447 warga asing.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,647 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 749 kes, Kuala Lumpur (654), Kelantan (613), Johor (477), Negeri Sembilan (396), Pulau Pinang (359), Kedah (301), Perak (276), Pahang (227), Sabah (189) ), Terengganu (185), Melaka (175), Labuan (36), Putrajaya (18) dan Perlis (18).

Hisham berkata, 50 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, sembilan kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima kes di Johor, empat kes di Kedah, tiga kes di Perak, masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.