Peti mayat penuh, Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas untuk jenazah Covid-19

Peti mayat penuh, Hospital Selayang terpaksa sedia kontena khas untuk jenazah Covid-19

Kontena khas itu boleh menempatkan 20 jenazah tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh.

Hospital Selayang terpaksa menyediakan kontena khas untuk korban Covid-19. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Selepas Hospital Sungai Buloh, kini tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit Covid-19.

Menerusi perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memaparkan satu kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang.

“Kontena khas ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh,” menurut KKM.

Menurut catatan itu, kematian akibat Covid-19 semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang dengan KKM melaporkan satu lagi rekod tertinggi untuk jangkitan harian Covid-19, dengan 7,857 kes.

Setakat hari ini, negara mencatatkan pertambahan 59 kes kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini sebanyak 2,491 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.