
Kedua-dua tertuduh Mohd Hazrie Nor Ghazali, 30 dan Ridwuan Ahmad, 31, dijatuhi hukuman itu oleh hakim Abu Bakar Manat di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu, iaitu penyata bank bagi meluluskan pinjaman peribadi Nur Azneza Atiqah Mudi antara Julai dan September 2016 di Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh diwakili peguam, PJ Perira manakala pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rekhraj Singh dan Nartiah Sambatan.