PM masih ‘Muhyiddin’ bagi orang ramai dan media, kata pembantu

PM masih ‘Muhyiddin’ bagi orang ramai dan media, kata pembantu

Perdana Menteri masih dikenali sebagai Muhyiddin Yassin meskipun dokumen rasmi kerajaan kini menggunakan "Mahiaddin".

Pekeliling yang memberitahu semua penjawat awam untuk menggunakan nama rasmi Muhyiddin – Mahiaddin Md Yasin – muncul selepas seorang tahanan kes dadah dibebaskan disebabkan ‘masalah teknikal’ berhubung nama Muhyiddin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri.
PETALING JAYA:
Memo mengarahkan penggunaan nama “Mahiaddin Md Yasin” bagi semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan tidak memberi kesan ke atas penggunaan nama perdana menteri yang biasa digunakan media dan orang ramai.

“Perdana menteri akan terus dikenali sebagai Muhyiddin Yassin oleh orang awam dan media,” kata seorang pembantu perdana menteri kepada FMT.

FMT dimaklumkan perkara itu adalah susulan arahan pentadbiran Pejabat Perdana Menteri kepada kakitangannya mengarahkan semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan akan menggunakan nama rasmi perdana menteri, iaitu “Mahiaddin Md Yasin” berkuat kuasa serta-merta.

Memo bertarikh 3 Jun itu ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Marzuki Mohamad.

Muhyiddin memasuki gelanggang PRU13 di Parlimen Pagoh atas nama Mahiaddin dan memenangi kerusi itu mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kukuh, 12,842 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.