
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Afzanizar Ahmad berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 33, 47 dan 46 tahun itu masing-masing ditahan di Taman Sutera, Kampung Lapan dan Jalan Tun Sri Lanang di sini.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek menganjurkan aktiviti perjudian itu menggunakan telefon pintar dan komputer sebagai medium pertaruhan dengan nilai pertaruhan serendah RM50 setiap perlawanan.
Tangkapan pertama dilakukan pada Jumaat kira-kira pukul 9.10 malam manakala tangkapan kedua dan ketiga dilakukan pada keesokan harinya masing-masing pada pukul 12.10 tengah malam dan pukul 3.30 petang.
Semua suspek dipercayai bergiat dalam judi pertaruhan bola sepak sejak hari pertama perlawanan antarabangsa itu berlangsung iaitu pada 11 Jun lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pelbagai peralatan antaranya unit pemprosesan pusat (CPU), papan kekunci, monitor, penghala dan modem wifi serta telefon bimbit disyaki digunakan dalam aktiviti judi bola sepak itu dirampas bagi membantu siasatan lanjut.
Katanya, semua suspek telah direman sehingga semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Afzanizar berkata jika sabit kesalahan mereka boleh didenda antara RM20,000 hingga RM200,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.
“Justeru orang ramai diingatkan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pertaruhan terutama sepanjang perlawanan UEFA Euro 2020 yang sedang berlangsung,” katanya.