Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 711,066 kes.
Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,001 kes.
Ia diikuti Negeri Sembilan dengan 677 kes, Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245), Kedah (189), Melaka (180), Pulau Pinang (159), Sabah (129), Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27), Putrajaya (13) dan Perlis (1).
Daripada jumlah kes baharu itu, tujuh adalah kes import dan baki 5,237 merupakan penularan tempatan.
Noor Hisham berkata, terdapat 60,816 kes aktif dengan 433 daripada 879 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula mencatatkan 6,372 dengan jumlah kumulatif 645,553 manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,637.
Selain itu, beliau berkata 83 kes kematian hari ini melibatkan 35 kes di Selangor, sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapan kes di Johor, masing-masing tujuh di Sabah dan Negeri Sembilan, enam di Kelantan, masing-masing tiga di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, dua di Perak, serta masing-masing satu di Kedah, Melaka, dan Perlis.
“Kes kematian itu membabitkan 77 warganegara dan enam bukan warganegara.
“Korban termuda berusia 26 tahun manakala paling tua berusia 93 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok,” katanya.