
Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman, berkata kejadian berlaku kira-kira 7km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar 1.55 tengah hari.
“Kemalangan dikatakan berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun itu hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.
“Akibat kemalangan itu, pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000kg (1 tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman bawah Rule 10 LN 166/59.