
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 6,647 pesakit sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang telah dibenarkan pulang seramai 700,215 orang.
Dalam kenyataannya, Noor Hisham berkata jumlah jangkitan keseluruhan setakat ini sebanyak 772,607 kes.
Sebanyak 66,958 adalah kes aktif, dengan 892 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 443 memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, 107 kematian direkodkan membawa jumlah keseluruhan kematian kepada 5,434.
Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 3,047 kes, dengan 1,782 dikesan daripada kontak rapat manakala 273 daripada kluster.
Ini diikuti oleh Negeri Sembilan dengan 699 kes, Kuala Lumpur (616), Johor (414), Sarawak (361), Melaka (345), Sabah (322), Pahang (200), Kedah (145) dan Pulau Pinang (142).
Sebanyak 108 kes pula direkodkan di Labuan, manakala Perak (101), Kelantan (89), Terengganu (51), Putrajaya (16) dan Perlis (dua).
Sebanyak 6,647 jangkitan tempatan dilaporkan hari ini, merangkumi 5,061 rakyat Malaysia dan 1,586 warga asing, selain 11 kes import.
Sebanyak 107 direkodkan meliputi 98 rakyat tempatan dan sembilan warga asing berusia antara 27 hingga 92 tahun. Hanya 18 daripadanya tidak mempunyai masalah kesihatan sedia ada.
Selain itu, 13 kematian sebelum tiba di hospital direkodkan.