21 daripada 30 kluster Covid-19 babit tempat kerja

21 daripada 30 kluster Covid-19 babit tempat kerja

Selebihnya empat berkaitan komuniti, tiga pusat tahanan serta masing-masing satu kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengesan 30 kluster baharu Covid-19, dengan 21 daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat lagi kluster komuniti, tiga membabitkan pusat tahanan serta masing-masing satu ialah kumpulan berisiko tinggi dan sektor pendidikan.

Kluster itu dikesan di Johor, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Kelantan, Sabah, Pahang dan Kuala Lumpur.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Batu Lapan Bakri (Muar) dengan 33 kes.
  • Kluster Jalan Bukit Bakri (Muar) dengan 11 kes.
  • Kluster Jalan Haji Jaib (Muar) dengan 12 kes.
  • Kluster Jalan Duku Kiri (Johor Bahru) dengan tujuh kes.
  • Kluster Jalan Sri Plentong Tiga (Johor Bahru) dengan sembilan kes.
  • Kluster Persiaran Agas (Tangkak, Muar dan Segamat) dengan 18 kes.
  • Kluster Industri Jalan Kusta (Gombak dan Petaling) dengan 18 kes.
  • Kluster Zone T Selatan (Sepang dan Kuala Langat) dengan 55 kes.
  • Kluster Industri Jalan Telok Gong (Klang) dengan 46 kes.
  • Kluster Industri Nakhoda (Sabak Bernam) dengan lapan kes.
  • Kluster Industri Jalan Satu Selesa Jaya (Hulu Langat) dengan 14 kes.
  • Kluster Industri Jalan Gombak Batu 11 (Gombak) dengan 31 kes.
  • Kluster Jalan Ipoh Kecil (Lembah Pantai) dengan 13 kes.
  • Kluster Jalan Matang (Kepong) dengan 22 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Khoo Teik Ee (Lembah Pantai dan Cheras) dengan 119 kes.
  • Kluster Taman Merdeka Permai (Melaka Tengah) dengan 21 kes.
  • Kluster Taman Cempaka (Melaka Tengah) dengan 23 kes.
  • Kluster Jalan Saw Ah Choy (Larut, Matang dan Selama) dengan 23 kes.
  • Kluster Jalan Seramik Chepor 11/1 (Kuala Kangsar dan Kinta) dengan 20 kes.
  • Kluster Tapak Bina Bidara (Seremban) dengan 75 kes.
  • Kluster Jalan Pasar Basah Mukah (Mukah dan Dalat) dengan 32 kes.
  • Kluster Taman Bismi Rahmat (Tanah Merah) dengan 13 kes.
  • Kluster Kampung Bunut Satut (Kota Bharu) dengan sembilan kes.
  • Kluster Kampung Gelugor (Tanah Merah) dengan 15 kes.
  • Kluster Sawit Segama (Lahad Datu) dengan 15 kes.
  • Kluster Benteng Sri Aman (Sri Aman) dengan 38 kes.
  • Kluster Tembok Miri (Miri) dengan 59 kes.
  • Kluster Pagar Taman IKS (Kuala Selangor) dengan 51 kes.
  • Kluster Sungai Jelai Kuala Lipis (Lipis) dengan 16 kes.
  • Kluster Jalan Desa Putera (Klang) dengan 14 kes.

Hisham berkata, sebanyak 3,029 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 865 daripadanya kluster aktif dan 2,164 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.